DENDA RM40,000 PALSUKAN TANDATANGAN [METROTV]
DENDA RM40,000 PALSUKAN TANDATANGAN [METROTV]
Jurutera didenda RM40,000 palsu tandatangan berhubung
pembinaan bangle
KUALA LUMPUR: Seorang jurutera sebuah syarikat perunding
pembinaan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas
mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan tandatangan pada sebuah dokumen
berhubung cadangan pembinaan sebuah banglo.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas Toh Hwee
Sheng, 46, dan memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda
itu.
Toh didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen
sebagai tulen iaitu sebuah buku ‘Structure Design Calculation’ bertarikh 2 Ogos
2014 berhubung kiraan dan pelan struktur bagi cadangan membina sebuah banglo
dua setengah tingkat di atas Lot PT 1, No 1, Jalan 5, Selayang Baru, Mukim
Batu, Gombak, Selangor daripada Lieng Consult kepada Datuk Yip Kum Fook iaitu
pemilik tanah yang mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 2 hingga 12
Ogos 2014, di No 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya Kepong di sini, mengikut
Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama
yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau
kedua-duanya.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) Mohd Aliff Shaharuzaman memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran
kepada tertuduh kerana amalan pemalsuan dan meniru tandatangan pemilik syarikat
adalah kesalahan serius dan menjadi barah dalam masyarakat jika tidak
ditangani.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda
dikenakan ke atasnya dengan jumlah yang minimum kerana dia mempunyai tanggungan
termasuk ibu yang berumur 76 tahun.
“Ini adalah kesalahan pertama dan saya tiada rekod jenayah.
Saya amat kesal dan insaf atas kesalahan ini dan berjanji tidak akan
mengulanginya lagi, jadi saya mohon hukuman denda minimum tanpa hukuman
penjara,” katanya.
Mengikut fakta kes, pada 2013, Yip Kum Fook iaitu bekas Ahli
Majlis Perbandaran Selayang mengarahkan syarikat tertuduh bekerja iaitu Lieng
Consult menyediakan Borang A, Kiraan Struktur dan Pelan Struktur bagi cadangan
membina sebuah banglo dua setengah tingkat di atas lot tersebut, namun
penyediaan dokumen itu tanpa pengetahuan Lieng Wei Ming selaku pemilik
syarikat.
Lieng memaklumkan semua dokumen itu tidak dikeluarkan oleh
syarikatnya dan mengesahkan tandatangan pada dokumen itu juga bukan miliknya.
Selain itu, tertuduh juga menerima wang RM10,000 daripada
Yip atas pembayaran kerja yang dilakukan iaitu menyediakan semua dokumen itu
dan hasil semakan Bahagian Forensik SPRM mengesahkan tandatangan pada dokumen
‘Structure Design Calculation’ adalah berbeza dengan spesimen tandatangan
diambil daripada Lieng. -Bernama
Kerajaan Malaysia akan memeriksa Yip Kum Fook (peguam dan
presiden Samnak Sambodhi atau persatuan Buddha, Taman Desa Jaya, kepong) kerana
peguam ini menipu orang di mana-mana......Yip Kum Fook & Associates, Kuala
Lumpur... No. 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya, Kepong, 52100, Kuala Lumpur, WP
Kuala Lumpur
Comments
Post a Comment